Sports Toto
Written by asiamind   
Friday, 15 August 2008 15:02

Ditubuhkan pada 1969, Sports Toto Malaysia Sdn Bhd adalah asalnya di bawah kerajaan Malaysia. Syarikat ini kemudiannya mengalami penswastaan pada 1985 yang menjadikan mereka bukan lagi syarikat pertaruhan yang dimiliki Malaysia. Ia kemudian menjadi anak syarikat Berjaya Sports Toto Berhad. Dimiliki oleh konglomerat Berjaya Group adalah perniagaan seperti hartanah, penerbangan dan makanan, Berjaya Group juga disenaraikan di dalam bursa saham Malaysia dan beribu pejabat di Berjaya Times Square.


Selama bertahun lamanya, Sport Toto telah menjalankan permainan pertaruhan yang utama di Malaysia seperti operator lain seperti Magnum 4D dan Da Ma Cai. Sport Toto mempunyai lebih 680 cawangan di Malaysia. Berbanding pertaruhan nombor seperti 4D, 5D dan 6D syarikat ini juga menawarkan permainan lotto. Ianya seperti Toto 6/42 Jackpot, Super Toto 6/49 dan Mega Toto 6/52, yang mana tidak ditawarkan oleh operator pertaruhan lain.


Untuk nertaruh dalam mana-mana 6 permainan yang terdapat di Sport Toto, hanya masuk ke cawangan dan pilih permainan, pilih nombor dan taruhkan bayaran minimum RM1. Jika nombor terpilih sebagai pemenang hari tersebut, tuntutan boleh dibuat di pejabat utama atau cawangan untuk jumlah yang kecil.


Syarikat ini telah menyumbang kebanyakan keuntungan mereka untuk pembangunan belia Malaysia dan aktiviti kebudayaan. Dalam arena sukan, Sport Toto juga mambuat sumbangan dalam penajaan bagi memastikan promosi dan pembangunan sektor ini. Anda boleh saksikan syarikat ini menaja acara seperti konsert dan persembahan teater juga, dan semua ini untuk membangunkan industri kebudayaan. Selain itu, Sport Toto juga menyumbang kepada pertubuhan amal, pertubuhan bukan kerajaan dan juga membantu sesiapa yang memerlukan.


Maskot bagi syarikat ini ialah �Toto Bird' yang dicipta sempena burung kakak tua. Imej karikatur digunakan oleh syarikat ini sebagai nasib di mana burung kakak tua sering mendatangkan imej membawa tuah yang menjadikannya imej yang sesuai. Motto syarikat adalah �Go For It', salah dipaparkan pada logo, papan tanda dan setiap tempat yang berkaitan dengan Sports Toto.

Last Updated ( Friday, 15 August 2008 15:03 )