| PMP Damacai |
| Written by asiamind | |
| Friday, 15 August 2008 15:01 | |
|
Ditubuhkan pada 1988, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Tanjong Public Ltd yang mana mempunyai perniagaan utama dalam sector pelaburan anak syarikatnya beada dalam sektor penghasilan tenaga, permainan dan industri persantaian. Tanjong telah ditubuhkan di England pada 1926 dibawah nama Tanjong Tin Dredging Limited. Ia kemudiannya ditukar kepada Tanjong Public Limited pada 1991 selepas pemeroleha Pan Malaysian Pools dan pengstrukturan semua.
Perniagaan utama PMP ialah permainan di mana syarikat tersebut mengendalikan dan menguruskan perniagaan Numbers Forecast Totalisator. Syarikat ini asalnya menguruskan sistem taruhan di Malaysia dalam perlumbaan lumba kuda dibawah peruntukan Racing Act 1965. Pengurusan ternakan kuda dan semua aktiviti yang berkaitan dengan National Stud Farm, yang sebelumnya diuruskan oleh Lembaga Totalisator Malaysia diberi kepada PMP pada 1991. Logo PMP seperti kuda yang sedang berlari melambangkan syarikat tersebut menguruskan hal yang berkaitan sektor lumba kuda.
DaMaCai ialah nama jenama yang digunakan PMP di dalam permainan 4D. Bertepatan dengan perniagaan pertaruhan, DaMaCai menawarkan pertaruhan 4 digit. Pertaruhan membenarkan pemain memilih 4 digit nombor dan minimum pembelian RM1. Selain itu pemain juga boleh memilih 3D nombor tetapi wang kemenangan adalah kecil.
Terdapat lebih 600 cawangan Da Ma Cai diseluruh Malaysia di mana sesiapa sahaja boleh memasuki cawangan dan mencuba nasib dan menyemak keputusan PMP di sini. Semua cawangan 4D Da Ma Cai menyediakan servis permainan 4D yang sama.
PMP juga menyumbang keuntungan mereka dengan masyarakat dalam bentuk sumbangan dalam pelbagai organisasi pertubuhan amal. Di bawah nama Da Ma Cai, PMP telah menganjurkan acara seperti konsert artis antarabangsa, persembahan dan juga perbincangan. Da Ma Cai juga menaja acara seperti kejohanan sukan, perarakan amal, dan banyak lagi acara dibawah sukan dan acara belia. |
|
| Last Updated ( Friday, 15 August 2008 15:03 ) |