| Magnum 4D |
| Written by asiamind | |
| Friday, 15 August 2008 15:01 | |
|
Magnum Corporation Berhad, adalah syarikat yang melaksanakan Magnum 4D, ditubuhkan pada 1968 dan syarikat pertama yang mendapat lesen pertaruhan di Malaysia. Syarikat ini diberi kebenaran untuk membuat promosi, melaksanakan dan menguruskan perniagaan taruhan dan telah beroperasi sejak 1968. Syarikat ini telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur secara persendirian pada 1970.
Ketika begitu banyak pertaruhan 4D dan lain seperti 5D, 6D di Malaysia, Magnum adalah antara syarikat terawal yang menawarkan pertaruhan 4D. Melalui konsep ramalan 4 digit nombor, Magnum terus menjalankan perniagaan 4D hingga ke hari ini. Syarikat ini beribu pejabat di Jalan Pudu, membuat cabutan nombor setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad melainkan Cabutan Khas pada hari-hari tertentu sahaja.
Tanda Magnum 4D mudah dikenalpasti dan tidak banyak yang berubah sejak awal penubuhan dan boleh didapati hamper diseluruh Malaysia. Terdapat lebih dari 600 cawangan dan sesiapa sahaja boleh mencuba nasib membeli 4D. pembelian minimum ialah RM1 dan wang hadiah boleh dituntut sama ada di cawangan atau di ibu pejabat Magnum.
Magnum 4D adalah peneraju utama di dalam industri ini, dan sebagai syarikat yang terawal mereka mempunyai nama yang kukuh di seluruh negara. Kebanyakan orang mengaitkan 4D dengan Magnum walaupun terdapat operator lain yang menganjurkan sistem pertaruhan yang sama dan jenis hadiah wang tunai yang sama. Syarikat ini yang menguruskan permaina pertaruhan secara dominan juga mempunyai perniagaan lain seperti hartanah, pelancongan, teknologi maklumat dan pencetakan serta pelaburan luar pantai. Magnum sentiasa aktif melibatkan diri dalam pembangunan sukan dan kebudayaan di dalam negara.
Magnum Corporation sentiasa menyumbang dengan konsisten sama ada sebagai penaja atau penjaga banyak acara sukan da kebudayaan di Malaysia, membawa masuk persembahan antarabangsa masuk ke Malaysia. Salah satu penajaan Magnum yang paling menonjol ialah menaja pasukan F1 di kejohanan Formula 1 dengan menaja pasukan Minardi dan pemandunya , Alexander Yoong. Semakin banyak Magnum terlibat dengan acara antarabangsa, semakin Magnum dikenali dari segi imej dan identiti. Hubungan: Magnum 4D ( Empat Nombor Ekor) mbox, m-boxMagnum 4D |
|
| Last Updated ( Friday, 15 August 2008 15:03 ) |